Ramai yang tidak tahu, tidur dan pengurusan berat badan adalah berkait secara langsung. Apabila anda menikmati tidur malam yang nyenyak, metabolisme anda dapat berfungsi dengan lebih cekap. Oleh itu, kita perlu cupa mendapatkan tidur yang cukup untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Apabila disertakan dengan pemakanan yang sihat, ia menjadi lebih mudah dilaksanakan. Bahagian penting dalam mana-mana jenis diet adalah tidur malam yang berkualiti! Nasib baik, terdapat pelbagai jenis minuman atau “koktel” yang lazat yang boleh anda ambil sebelum tidur bagi membantu badan anda tidur dengan tenang sambil memproses pengambilan kalori anda pada hari itu. Berikut adalah senarai 16 minuman untuk turunkan berat badan yang kini menjadi kegemaran kami sebelum masuk tidur.
1/5 Teh Chamomile
Ratu kepada semua jenis minuman diet sebelum tidur adalah, tidak disangkal lagi, teh chamomile atau turut dikenali sebagai teh kamomil. Air emas herba ini sememangnya terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan yang ia berikan pada tubuh dan minda seseorang. Antara kebaikan teh chamomile adalah sifatnya yang mendorong tidur lena dan membantu penurunan berat badan. Menurut kajian, minuman ini mengandungi kandungan glisin yang bertindak sebagai penenang ringan dan juga boleh membantu dalam kawalan gula atau glukosa dalam darah.
2/5 Kefir
Minuman sebelum tidur yang pekat dan berkrim ini mungkin tidak begitu menyelerakan kepada semua orang, tetapi ia bagus untuk usus anda! Adakah anda pernah dengar tentang minuman kefir? Kefir pada asasnya adalah susu yang ditapai dan ia sangat membantu meningkatkan bakteria sihat dalam usus. Ini akan meningkatkan penyerapan keseluruhan mineral dan vitamin dan meningkatkan kebolehan pencernaan badan. Ia juga membantu untuk memberikan kesan mengantuk dan menjadikannya minuman yang sesuai untuk mereka yang sukar untuk lena.
3/5 Air Madu Lemon
Minuman untuk turun berat badan sebelum tidur ini adalah mudah dan digemari ramai. Dengan hanya secawan air suam, madu, dan lemon, ia boleh melakukan keajaiban untuk badan anda. Walaupun air diperlukan untuk membuang toksin keluar dari badan, madu membantu memberikan kulit yang cantik dan sihat serta mempercepatkan metabolisme seseorang. Lemon juga membantu dalam membersihkan hati dan melegakan badan daripada toksik yang disimpan. Gabungan trio yang hebat ini dapat memberikan hasil yang diingini dan membantu anda berasa tenang sebelum tidur. Malah, ia juga sangat sedap dan menyegarkan!
4/5 Jus Timun
Sesetengah orang mungkin tidak menggemari warna air minuman turun berat badan ini. Tetapi percayalah, ia SANGAT baik untuk anda. Kita sudah tahu yang timun tinggi kandungan air dan sangat rendah kalori. Buah-buahan ini bagus untuk penghidratan dan membantu memastikan anda kekal kenyang untuk jangka masa yang lama. Ia juga padat dengan serat pemakanan yang membantu mempercepatkan metabolisme dan boleh membantu mengurangkan kembung perut. Dengan minum air timun ini, anda akan meningkatkan prestasi sistem pencernaan badan anda.
5/5 Jus Halia Lemon
Halia; ia akar yang sangat berkuasa dan kaya dengan kandungan nutrien dan mineral. Kalau anda hendak tahu, halia telah digunakan selama bertahun-tahun lamanya dalam sesetengah budaya untuk kegunaan daripada sakit otot kepada mengurangkan loya. Halia dan lemon kedua-duanya mempunyai sifat anti-radang dan membantu meningkatkan metabolisme badan kita. Bersama-sama, ia membentuk minuman moktel yang sesuai untuk tujuan penurunan berat badan dan anda amat digalakkan untuk mengambilnya sebelum tidur.




